Monday, May 17, 2010

Karangan

Perutku berkeroncong tidak terhenti-henti . “Lapar , haus ,” perutku seperti sedang mengadu kepadaku . Aku dan Insyirah terus pergi ke sebuah restoran makanan segera yang berdekatan. Tidak kisahlah jikalau makanan yang dijual itu mahal asalkan aku dapat makan .

Tiba di sana sahaja , kemarahan ku semakin bertambah . Ramai orangt sedang beratur untuk membeli makanan dan tempat duduk pun penuh . Insyirah mengajak ku mencari tempat duduk dahulu . Setelah beberapa minit kami mencari tempat duduk , akhirnya kami dapat juga tempat duduk . Aku terus pergi ikut beratur untuk membeli makanan . Di kiri ku ternampak seorang pemuda yang juga sedang beratur tetapi di kaunter yang lain . Dia berpakaian seperti gangster , rambut pula berwarna hijau , hidung ditindik dan tatu merebak di tangan kanannya . Aku sehinggakan naik takut melihatnya .

Setibanya dia dio kaunter itu , dia mula membeli makanan . Pelayan yang sedang tersenyum itu , mukanya terus mula beruba menjadi masam apabila mendengar dia berbual . Mukanya mula menjadi merah seperti cili padi . Semua orang berhenti berbual antara satu sama lain untuk melihat apa yang telah terjadi . Restoran ini mula menjadi senyap . Insyirah yang sedang berdiri di sebelah ku , sedang menanyaku dengan suara seperti tikus apa yang telah terjadi . “Eh , apa terjadi ? Kenapa senyap sangat ? Tadi keadaan amat riuh kan? Kenapa senyap pula ? Nad , aoa terjadi lah ?” dia membisik tidak berhenti-henti . “ Ish kau ni , banyak soalan lah kau ni . Aku tidak tahu juga lah . Aku tidak dengar apa mereka sedang perbualkan . Sepertinya , pelayan itu ada perselisihan faham dengan pelanggan nya itu ,” aku menjawab balik sambil mencuba sedaya upaya untuk mendengar perbualan itu .

“Eh , apa hal dengan kamu ini ?” pelayan itu menjerit kerana sudah terlalu bingit dengan kelakuan pelanggannya yang kurang sopan itu . “Eh , kau tidak dengar ke apa ? Aku sudah memberitahu kau , apa yang aku hendak ? Kamu ni pekak kea pa ? Cepat bawa makanannya di sini lah !” pelanggan gangster itu memekik kepadanya balik . Pelayan itu menjadi lebih marah apabila dia bercakap seperti itu . “Kamu minta maaf dahulu , barulah aku akan memberi kamu makanan ini,” pelayan itu berkata sekali lagi . “Minta maaf ? Dalam mimpi kau lah . Aku tidak buat salah pun lah ,” pelanggan itu menjawab balik . Muka pelayan itu berubah . Dia sangat marah sehinggakan dia mula menumbuk pelanggan itu .

Aku , Insyirah dan pelanggan lain yang sedang berature semua terkejut . Pelayan di kaunter aku itu mula cuba untuk menhentikan pergaduhan itu . Pelayan yabng telah menumbuk pelanggan itu pula ditumbuknya balik . Kami semua hanya mendiam , mata sambil membesar dan mulut pula terbuka . Keadaan itu semakin riuh apabila kawan pelanggan itu tiba dan mula menolong kawannya ,

Setibanya , pengurus restoran itu keluar dari ofis nya , dia pun terkejut . Dia terus berlari ke tempat itu dan mula mencuba untuk menghentikan pergaduhan tersebut . Dia terus menyuruh pekerjanya untuk tolong menhentikan pergaduhan itu . Pergaduhan dan perselisihan faham itu terus berhenti apabila pengurus itu memberitahu pelanggan nya yang dia akan menelefon polis jikalau pergaduhan itu tidak dihentikan dengan segera .

Pelayan itu yang sedang terbaring di lantai kerana kesakitan , mula memarahi pelanggan itu dengan perkataan yang kesat . Pelanggan itu hamper memulakan pergaduhan sekali lagui apabila dia dihentikan oleh rakanya yang sudah mukla berasa segan dan takut . Pengurus restoran itu mula memarahi pelanggan itu kerana telah menyakiti salah satu daripda pekerja-pekerjanya . Pelayan itu memberitahu apa yang telah berlaku dan pelanggan itu hanya menundukkan kepala . DIa telah dimarahi oleh pengurus itu . Setelah pelanggan itu beredar dengan kumpulannya daripada tempat itu , semua orang yang berada di restoran itu mula berasa lega . Aku dan Insyirah pun berasa lega .

Pengurus itu memberitahui kamin yang masalah perselisihan faham itu sudah diselesaikan dan berkata bahawa dia berharap masalah seperti ini tidak akan timbul lagi . Dia terus membawa pelayan itu ke bilik pekerja dan keadaan menjadi seperti biasa . Situasi yang telah aku dan Insyirah saksikan amat menyeramkan . Kami telah berancang untuk tidak pergi ke restoran ini sekali lagi kerana berasa tidak selesa .

Berbulan berlepas , kami pergi ke tempat pusat membeli-belah yang sama sekali lagi . Kami mencari-cari restoran itu tetatpi tidak berjaya . Akhirnya kami terjumpa tempat itu tetapi malangnya , tempat itu sudah ditutup . Di pintunya terlekat sebuah kertas mengatakan bahaw mereka telah berpindah ke tempat lain keran pelbagai masalah telah berlaku di restoran itu . “Malangnya nasib mereka ,” aku berkata sendirian .

Wednesday, April 14, 2010

Kehilangan

Khabar yang aku dengar itu seperti angin yang berlalu . Berita kehilangannya seperti tidak boleh dipercayai . Aku bertanya Mak Munah berulang-ulang kali jikalau apa yang diberitahunya itu benar .

Jam menuju empat petang . aku baru sahaja habis kelas tambahan . Aku sedang berjalan pulang seperti biasa . Balik rumah , mandi dan terus membuat kerja rumah seperti biasa . Adik ku , Nadzirah masih belum pulang pun . Tidak hairan lah kenapa . Hari-hari dia akan lepak di bawah blok bersama rakan nakalnya . Sudah puas mak dan ayah menengking dan menegurnya .tetapi nadzirah hanya menutup telinga . Dia memang nakal dan seorang yang kepala batu .tetapi kami tidak boleh buat apa-apa kerana inilah apa yang akan semua remaja hadapi . Dahulu , aku juga nakal dan suka memberontak tetapi mak dan ayahku lah aku menghentikan perangai buruk itu . Untuk Nadzirah pula , aku boleh merasakan yang ia agak susah untuk membuatnya sedar .

Jam menuju enam setengah petang . “Mana si Nadzirah ni ? Habislah kau nanti . Tak habis-habis pulang lewat ,” aku bercakap sendirian . Beberapa minit kemudian telefon ku berdering . “Yah , wa’alaikumsalam Mak Munah , kenapa suara Mak Munah begitu cemas ?” aku bertanyakan . “Huh?! Mak Munah , benarkah ?! Agak nya Mak Munah ternampak salah orang tak ,” aku menjawab dengan penuh harapan . Harapan ku terhancur .

Mak Munah adalah jiran yang tinggal bersebelahan kami . Dia baik hati dan budi pekerti . Ramai orang suka mengajaknya berbual .\

Aku terus menelefon mak dan ayah . Air mataku tidak henti mengalir , perasaan takut , seih , risau dan marah semua berkecamuh menjadi satu .Nadzirah dilanggar kereta apabila sedang berjalan pulang . Mak Munah ternampaknya apabila berjalan pulang setelah membawa cucunya berjalan-jalan . Dengan segera dia menelefon ambulans . Aku tidak berhenti berdoa . Ini sahajalah harapanku untuk nya .

Tiba di hospital , mak tidak henti menangis . “Nak , macam mana boleh terjadi begini ?” Mak aku bertanya Nadzirah yang sedang terbaring di katil tidak terhenti-henti . Pertama kali ku nampak ayah ku menitiskan air mata . Untuk kami , nadzirah adalah emas tempawan kami .

Tiba-tiba , mak memanggil jururawat . Kami semua terus sedar apa yang telah terjadi . Pernafasan Nadzirah tidak stabil , degupan jantungnya semakin perlahan . Mak mula menangis sekali lagi , sekarang lebih teruk , “Nak , jangan tinggalkan mak nak !” mak berkata . Ayahku menutup mukanya dan menoleh kea rah lain . Aku sedar , aku bingung , aku sedih tetapi air mata ku tidak mengalir . Nadzirah sudah tiada lagi . Kehilangan adikku tersayang walaupun nakal .

Hatiku sakit melihatnya pergi . Sekarang , hanya doa selamat yang boleh menolong nya . Aku melihatnya dikuburkan . Ayah sedang menolong di sana dan mak pula , dia tidak tahan meihat anaknya dikuburkan . Ia hanya membuat suasana lebih teruk . Aku berdoa agar diaa selamat di alam perkuburan .

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambang ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu …..

Lagu yang dimainkan itu , seperti tidak dilupakan . Asyik aku menyanyikan lagu tu apabila teringatkan akan kehilangan adikku . Hatiku hampa . tetapi masa sudah berlalu . Bertahun-tahun tetapi kenangan manis bersama Nadzirah tidak hilang di hati . Jikalau lah ini tidak terjadi , hidup kami akan lebih meriah tetapi kerana in semua Qada’ dan Qadar . Semua ini ditangan tuhan , Allah s.w.t maha esa .

Wednesday, April 7, 2010

Jenis-Jenis Konflik di karangan saya

Jenis-jenis Konflik dalam karangan saya .



Jenis Konflik 1 : manusia bertentangan dengan perbuatan manusia .



Masalah : -sebuah kereta telah melanggar seorang wanita kerana pemandunya mabuk .



Kesan : - wanita yang dilanggar oleh kereta itu , akhirnya meninggal dunia .



Jenis Konflik 2 : Manusia bertentangan dengan masyarakat .



masalah : Ahmad asyik berdiam apabila kawan-kawannya mahu berbual dengannya . Dia

pernah berdiam seperti begini .



Kesan : Kawan-kawannya pun sudah malas melayaninya dan terus putus asa untuk

mengajaknya berbual .



b) Jenis-jenis konflik dalam karangan Fazeera .


Jenis konflik 1 : Manusia bertentangan dengan masyarakat .

Masalah : Dia dahulu seorang perempuan yang berbudi bahasa dan taat kepada ibubapanya tetapi sekarang dia telah berubah , dan sudah berani berbiadap terhadap mereka .

Kesan : Sarah sekarang tidak rapat dengan ibubapanya .

Jenis Konflik 2 : Manusia bertentangan dengan perbuatan manusia .

Masalah : Dia dahulu seorang pelajar yang rajin dan selalu tidak membuang masa berlepak di kolong blok , tetapi sekarang dia asyik membuang masa dengan melepak . Ini disebabkan nafsu kawannya dan tidak ingin berputus hubungan dengan kawan-kawannya .

Kesan : Pelajaran nya terjejas dan akademik nya terus merosot . Membuat ibubapanya marah .

Jenis Konflik 3 : Manusia bertentangan dengan diri sendiri .

Masalah : Dia mengikut kawannya menghisap rokok . Dia tidak menghentikan daripada menghisap rokok

Kesan : Akhirnya ditangkap polis dan dimasukkan ke rumah tumpangan , akhirnya juga , sendiri yang menyesal .

http://nurfazeera.blogspot.com/


Wednesday, March 31, 2010

Karangan satu

Ahmad rakan sedarjah saya yang suka mengejek budak-budak di kelas saya . Ramai yang diejek olehnya tidak suka samanya . Walaupun dia seorang yang nakal , cerewet , bising dan tidak sopan , dia adalah pelajar yang rajin dan juga pandai dan yang teruknya , ramai perempuan skua akannya . Alangkah membingungkan …

Seperti biasa , aku dan teman baik aku , Nesreen sedang berbual sambil mendengari cikgu meleter kepada rakan-rakan saya tentang bagaimana penting pelajaran akan memastikan masa hadapan kami . Dan seperti biasa juga , Ahmad akan membuat bising dan mengacau orang lain tidak berhabisan . Sekali-sekala , seorang guru , Cikgu Alfizan , memasuki kelas kami . Dia seorang yang mempunyai wajah yang garang dan orang-orang akan berfikir dia seorang yang bengis tetapi apabila mengetahuinya dengan lebih mendalam , dia seorang yang baik hati dan suka berkomunikasi dengan muridnya . “Ahmad Alfian Bin Razali , saya ingin berjumpa dengan kamu ,” Cikgu Alfizan terus berkata . “Ya Cikgu,” ahmad menjawab balik . “mari ikut saya , ada hal penting ,” die memberitahu sekali lagi . Ahmad terus mengikuti nya .

Bunyi loceng pun sudah berbunyi setelah dia keluar . Kami semua bersiap hendak pulang . Saya dan Nesreen terus beredar . Apabila kami keluar pintu sekolah , kami ternampak sebuah kereta telah dihentikan di tengah jalan . Kereta itu , sepreti ia telah merosak dan kempis . Di hadapan kereta itu , sekumpulan orang sedang berkumpul di hadapan kereta tersebut .

Saya terus sedar apa yang telah berlaku . Darah mengalir tidak berhenti-henti . Saya syak , ada orang telah dilanggari oleh kereta tersebut . Perutku mula bersakit , terasa ingin muntah . Saya seorang yang tidak boleh melihat darah dan jikalau ternampak darah , badan ku mula menjadi lemah . Mata ku melihat merata-rata tempat . Aku ternampk seorang lelaki berbaju uniform sekolah kami sedang berdiri di tepi wanita yang telah dilanggari kereta itu . dia kelihatan seperti Ahmad . Belum habis aku melihat , Nesreen sudah mula menarik tangan saya untuk beredar .

Keesokkan harinya , Ahmad tidak hadir sekolah . Cikgu memberitahu kami semua bahawa dia tidak akan berada di sekolah selama seminggu . Kami semua bingung . Ahmad tidak pernah ponteng sekolah . Walau beberapa nakal pun dia , dia akan selalu hadir sekolah .

Hari demi hari , kami semakin hairan dan risau . Bukan hanya satu minggu dia tidak hadi tetpi dua minggu . Kami semua cuba untuk menelefonnya tetapi gagal . Nesreen , seorang yang kepala batu dan tidak senang putus asa , cuba menelefon nya lagi . Akhirnya dapat juga .

“Oi , Ahmad kau ok tak ?”

Beberapa minit kemudian , dia menjawab .

“Apa telah terjadi?” Nesreen bertanyakan lagi .

Apabila Nesreen bertanyakan soalan itu , terus Ahmad tidak menjawab . Panggilan itu dihentikan . Lama – kelamaan kami pun menjadi malas hendak berkomunkasi dengannya .

Suatu hari , Ahmad telah pulang setelah berminggu-minggu tidak hadi ke sekolah . Kami semua lega tetapi mula berasa hairan lagi keran Ahmad sudah berubah . Dia bukan lagi seorang yang bising dan nakal dan cerewet tetapi pendiam . “Mad awak ok tak ?” Izyan , kawan rapatnya bertanyakannya . Dia terus tidak menjawab . Izyan pun mula berasa malas hendak melayannya dan terus pergi ke tempat lain .

Hari demi hari , ahmad hanya berdiam . Cikgu-cikgu pun penat memarahinya . “Ahmad , Ahmad , apalah dengan kau ni ?” Aku berfikir .

Apa yang berlaku , saya pun tidak tahu ….