Karangan satu
Ahmad rakan sedarjah saya yang suka mengejek budak-budak di kelas saya . Ramai yang diejek olehnya tidak suka samanya . Walaupun dia seorang yang nakal , cerewet , bising dan tidak sopan , dia adalah pelajar yang rajin dan juga pandai dan yang teruknya , ramai perempuan skua akannya . Alangkah membingungkan …
Seperti biasa , aku dan teman baik aku , Nesreen sedang berbual sambil mendengari cikgu meleter kepada rakan-rakan saya tentang bagaimana penting pelajaran akan memastikan masa hadapan kami . Dan seperti biasa juga , Ahmad akan membuat bising dan mengacau orang lain tidak berhabisan . Sekali-sekala , seorang guru , Cikgu Alfizan , memasuki kelas kami . Dia seorang yang mempunyai wajah yang garang dan orang-orang akan berfikir dia seorang yang bengis tetapi apabila mengetahuinya dengan lebih mendalam , dia seorang yang baik hati dan suka berkomunikasi dengan muridnya . “Ahmad Alfian Bin Razali , saya ingin berjumpa dengan kamu ,” Cikgu Alfizan terus berkata . “Ya Cikgu,” ahmad menjawab balik . “mari ikut saya , ada hal penting ,” die memberitahu sekali lagi . Ahmad terus mengikuti nya .
Bunyi loceng pun sudah berbunyi setelah dia keluar . Kami semua bersiap hendak pulang . Saya dan Nesreen terus beredar . Apabila kami keluar pintu sekolah , kami ternampak sebuah kereta telah dihentikan di tengah jalan . Kereta itu , sepreti ia telah merosak dan kempis . Di hadapan kereta itu , sekumpulan orang sedang berkumpul di hadapan kereta tersebut .
Saya terus sedar apa yang telah berlaku . Darah mengalir tidak berhenti-henti . Saya syak , ada orang telah dilanggari oleh kereta tersebut . Perutku mula bersakit , terasa ingin muntah . Saya seorang yang tidak boleh melihat darah dan jikalau ternampak darah , badan ku mula menjadi lemah . Mata ku melihat merata-rata tempat . Aku ternampk seorang lelaki berbaju uniform sekolah kami sedang berdiri di tepi wanita yang telah dilanggari kereta itu . dia kelihatan seperti Ahmad . Belum habis aku melihat , Nesreen sudah mula menarik tangan saya untuk beredar .
Keesokkan harinya , Ahmad tidak hadir sekolah . Cikgu memberitahu kami semua bahawa dia tidak akan berada di sekolah selama seminggu . Kami semua bingung . Ahmad tidak pernah ponteng sekolah . Walau beberapa nakal pun dia , dia akan selalu hadir sekolah .
Hari demi hari , kami semakin hairan dan risau . Bukan hanya satu minggu dia tidak hadi tetpi dua minggu . Kami semua
“Oi , Ahmad kau ok tak ?”
Beberapa minit kemudian , dia menjawab .
“Apa telah terjadi?” Nesreen bertanyakan lagi .
Apabila Nesreen bertanyakan soalan itu , terus Ahmad tidak menjawab . Panggilan itu dihentikan . Lama – kelamaan kami pun menjadi malas hendak berkomunkasi dengannya .
Suatu hari , Ahmad telah pulang setelah berminggu-minggu tidak hadi ke sekolah . Kami semua lega tetapi mula berasa hairan lagi keran Ahmad sudah berubah . Dia bukan lagi seorang yang bising dan nakal dan cerewet tetapi pendiam . “Mad awak ok tak ?” Izyan , kawan rapatnya bertanyakannya . Dia terus tidak menjawab . Izyan pun mula berasa malas hendak melayannya dan terus pergi ke tempat lain .
Hari demi hari , ahmad hanya berdiam . Cikgu-cikgu pun penat memarahinya . “Ahmad , Ahmad , apalah dengan kau ni ?” Aku berfikir .
Apa yang berlaku , saya pun tidak tahu ….