Kehilangan
Jam menuju empat petang . aku baru sahaja habis kelas tambahan . Aku sedang berjalan pulang seperti biasa . Balik rumah , mandi dan terus membuat kerja rumah seperti biasa . Adik ku , Nadzirah masih belum pulang pun . Tidak hairan lah kenapa . Hari-hari dia akan lepak di bawah blok bersama rakan nakalnya . Sudah puas mak dan ayah menengking dan menegurnya .tetapi nadzirah hanya menutup telinga . Dia memang nakal dan seorang yang kepala batu .tetapi kami tidak boleh buat apa-apa kerana inilah apa yang akan semua remaja hadapi . Dahulu , aku juga nakal dan suka memberontak tetapi mak dan ayahku lah aku menghentikan perangai buruk itu . Untuk Nadzirah pula , aku boleh merasakan yang ia agak susah untuk membuatnya sedar .
Jam menuju enam setengah petang . “Mana si Nadzirah ni ? Habislah kau nanti . Tak habis-habis pulang lewat ,” aku bercakap sendirian . Beberapa minit kemudian telefon ku berdering . “Yah , wa’alaikumsalam Mak Munah , kenapa suara Mak Munah begitu cemas ?” aku bertanyakan . “Huh?! Mak Munah , benarkah ?! Agak nya Mak Munah ternampak salah orang tak ,” aku menjawab dengan penuh harapan . Harapan ku terhancur .
Mak Munah adalah jiran yang tinggal bersebelahan kami . Dia baik hati dan budi pekerti . Ramai orang suka mengajaknya berbual .\
Aku terus menelefon mak dan ayah . Air mataku tidak henti mengalir , perasaan takut , seih , risau dan marah semua berkecamuh menjadi satu .Nadzirah dilanggar kereta apabila sedang berjalan pulang . Mak Munah ternampaknya apabila berjalan pulang setelah membawa cucunya berjalan-jalan . Dengan segera dia menelefon ambulans . Aku tidak berhenti berdoa . Ini sahajalah harapanku untuk nya .
Tiba di hospital , mak tidak henti menangis . “Nak , macam mana boleh terjadi begini ?” Mak aku bertanya Nadzirah yang sedang terbaring di katil tidak terhenti-henti . Pertama kali ku nampak ayah ku menitiskan air mata . Untuk kami , nadzirah adalah emas tempawan kami .
Tiba-tiba , mak memanggil jururawat . Kami semua terus sedar apa yang telah terjadi . Pernafasan Nadzirah tidak stabil , degupan jantungnya semakin perlahan . Mak mula menangis sekali lagi , sekarang lebih teruk , “Nak , jangan tinggalkan mak nak !” mak berkata . Ayahku menutup mukanya dan menoleh kea rah lain . Aku sedar , aku bingung , aku sedih tetapi air mata ku tidak mengalir . Nadzirah sudah tiada lagi . Kehilangan adikku tersayang walaupun nakal .
Hatiku sakit melihatnya pergi . Sekarang , hanya doa selamat yang boleh menolong nya . Aku melihatnya dikuburkan . Ayah sedang menolong di sana dan mak pula , dia tidak tahan meihat anaknya dikuburkan . Ia hanya membuat suasana lebih teruk . Aku berdoa agar diaa selamat di alam perkuburan .
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambang ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu …..
Lagu yang dimainkan itu , seperti tidak dilupakan . Asyik aku menyanyikan lagu tu apabila teringatkan akan kehilangan adikku . Hatiku hampa . tetapi masa sudah berlalu . Bertahun-tahun tetapi kenangan manis bersama Nadzirah tidak hilang di hati . Jikalau lah ini tidak terjadi , hidup kami akan lebih meriah tetapi kerana in semua Qada’ dan Qadar . Semua ini ditangan tuhan , Allah s.w.t maha esa .